Alhamdulillah….saya selamat sampai ke Dungun setelah hampir 1 bulan berkampung di Kuala Terengganu. Walaupun parti yang disokong oleh En.Lanun gagal…namun ianya membawa seribu pengalaman. Dan en.lanun telah membantu segala yang mampu di Peti Undi Pasir Panjang.
Tahniah buat sahabat En.Lanun iaitu Gnomex kerana parti yang disokong olehnya berjaya merampas P036 Kuala Terengganu. Kita lawan dilain hari
PERJUANGAN BELUM SELESAI…..
Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar
Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu
Cahayamu tiada tara
Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia
Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air
Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu
Tags: bn, dungun, P036 Kuala Terengganu, prk, suragate, umno
Tak sedap? Ape yang tak sedap tu? LPT tu makanan ke?… LPT adalah Lebuhraya Pantai Timur. Mungkin lebih sesuai jika “tidak selesa” digunapakai. Namun bagi orang Teranung… Kurang selesa, atau kurang sihat boleh digunakan perkataan “tak sedap”. Dok sedap badan, dok sedap duduk dan sebagainya.
Memang sudah beratus kali En.Lanun melalui lebuhraya yang sekadar melepaskan batuk ditangga tu, tapi baru hari ni tergerak untuk dipaparkan didalam blog ni. Ianya amat berbeza dengan lain-lain lebuhraya di Malaysia ini jika hendak dibandingkan dengan lebuhraya LDP, PLUS dan sebagainya. Apakah kelebihan LPT ini dengan rakan-rakannya yang lain? Antara ciri-cirinya adalah :- Read the rest of this entry »
Hari ni pagi-pagi terus ke Kemaman kat kampung Teluk Kalong untuk menziarah arwah ibu Menteri Besar Dato Ahmad Said. Setelah selesai perkebumian terus ke K.Terengganu pula untuk menziarahi arwah Dato Razali Ismail. Perjalan hari ini memakan masa yang panjang, aliran trafik bergerak perlahan. Maklum la hari hujan.
Perjalanan ke Kuala Terengganu agak “jem” kerana ada kemalangan berhampiran jambatan Marang yang melibatkan 5 atau 6 buah kereta.
Lepas tu singgah kat rumah sedara kat Sungai Kerak, sebaik saje rumah terus je tulis entri ni..
Ummmph…..Errr…Arrr….arrr…isk….
Mmmmm…mmmm…haaaa!!!!
Emmmmmmmmmm……….emmm…erk! Ummmm…
Isssssss…..huh…..emmm….arghhhh! Takde idea laaaa….eiiiiiiiiiiiiiii
Hahaha…Huhuhu…. Siap jugak banner baru untuk myDubuntu. Tgk le…. Read the rest of this entry »
Salam kepada semua…. Semalam En.Lanun pergi mesyuarat. Mesyuarat ape? Ade la…hal-hal politik. Kemudian jam 10.30 balik rumah pergi ambik jaket Rukun Tetangga untuk buat rondaan. En.Lanun ni merupakan seorang daripada SKIM RONDAAN SUKARELA kawasan Suragate. Sebelum tu kitorang duk lepak sambil sembang-sembang. Ramai orang-orang veteran kat situ maka pelbagai cerita la keluar, salah satunya hal polis-polis zaman dahulu dan terkeluar kaitanya dengan basikal. Maka beberapa info ditangkap oleh anak telinga dan koklea melalui salur separuh bulat En.Lanun
Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan
Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi
Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta
Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu
Sayang… pada mereka yang tak mengerti
Sayang… pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi
Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih
Telefon bimbit @ henfon @ henset telah menjadi kemestian kepada segenap manusia. Di persekitaran En.lanun pun demikian juga…kanak-kanak sekolah rendah pun sudah memiliki dan seharusnya memiliki telefon bimbit supaya senang ibu bapa menghubungi anak-anak.
Apa gunanya telefon bimbit bagi En.Lanun?
- Tempat simpan no.telefon orang lain.
- Tempat simpan no akaun bank orang lain.
- Tempat menulis nota-nota, ms word.
Apa yang takde dalam telefon bimbit En.Lanun? Read the rest of this entry »
Ini adalah index page pada myDungun.net yang baru. Tetapi saya tetap merasakan ianya tidak “cool” macam tiada idea dan entah apa-apa ntah. Saya perlukan impression yang segar dan kelihatan “cool”. Penampilan pertama adalah penting Read the rest of this entry »
Alhamdulillah…semalam En.Lanun balik dari tempat kije jam 4.00 pagi. Selesai sudah persiapan untuk menjalani Kursus Dan Pertandingan Impress Peringkat Negeri Terengganu. Siap sudah melengkapkan kesemua pc dengan OpenSUSE 10.3. Semua peserta pun dah ready, tak ramai la cuma 12 orang. 6 orang ketegori sekolah menengah dan 6 orang kategori sekolah menengah.
Tapi menjadi cabaran bagi En.Lanun adalah mengajar mereka yang:
- Tak pernah menyentuh persekitaran OpenSUSE (Linux)
- Tak pernah menggunakan perisian OpenOffice
Maklumat lanjut kursus ada boleh rujuk di sini http://mydubuntu.blogspot.com/2008/11/pertandingan-impress-seluruh-terengganu.html
En.Lanun tersenyum simpul di depan pintu masuk BescommSura tanpa menyedari lupa memakai kasut dan berharap anak didik En.Lanun akan menjuarai Pertandingan Impress Peringkat Negeri Terengganu nanti.
Tags: bescomm, bestari, dungun, impress, terengganu





